17 MEi 2025: Pada hari ini warga kerja Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang (PPDHPP) dan Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah (YDHAF) telah mengikuti aktiviti mendaki Gunung Alai, Gerik, Perak. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti team building untuk warga kerja yang dianjurkan oleh Darul Hadis Hiking Club. Sebanyak 10 orang warga kerja beserta 2 orang pelajar dan 2 orang pelajar latihan industri telah menyertai aktiviti ini. Pendakian bermula pada 2.30 pagi melalui 3 checkpoint sebelum tiba di kemuncak gunung yang berketinggian 791 meter dari paras laut sebelum pukul 5.30 pagi. Semoga aktiviti ini dapat memberikan memberikan semangat dan momentum kepada semua warga kerja untuk menawan puncak-puncak gunung yang lebih tinggi di masa yang akan datang.